Khamis, 21 Mac 2019

Berapa % Bha Yang Perlu Simpan Dari Gaji Bulanan Saya?

Holyfield Benn  21 Mac 2019,11.10am


Kejayaan seorang pengasas facebook iaitu Mark Zuckerberg tidak mudah disangka oleh kita.Tapi, lepas habis membaca perjalanan hidupnya untuk berjaya, kata kunci yang dapat kita pelajari iaitu KESUNGGUHAN. Susah dan senang ditempuhinya manalah kita tahu kan?yang kita tahu guna platform sosial media post gambar,update status dan membawang.

Begitu juga dengan menyimpan wang tanpa ada kesungguhan maka niat itu akan tertangguh atau terima gaji sahaja terus berbelanja secara boros. Setiap individu perlu tahu beza perbelanjaan keperluan dan kehendak agar kita boleh mengelakan berbelanja kepada benda yang tidak mendatangkan faedah kepada kita.

Selain dari kesungguhan, kita juga perlu semat dalam diri kita bahawa kita mampu untuk menyimpan 50% daripada gaji kita sebagai simpanan.

Jangan berkata tidak boleh sebelum mencuba. Bila mencuba satu kali, pasti seterusnya akan jadi OK untuk terus mencuba. Lama-lama nanti sudah menjadi satu kebiasaan untuk buat simpanan 50% daripada gaji. Apa yang penting, didik diri terlebih dahulu.

Bagaimana cara untuk capai simpanan 50% gaji setiap bulan? Kalau kita nampak apa yang kita perlu buat dan apa matlamat yang ingin dicapai, pasti kita berkeupayaan untuk capai simpanan daripada 50% gaji.




1.Kasi Lurus Butul-butul Itu Niat diHati.

Dalam apa juga perkara yang kita mahu lakukan, niat haruslah diperbetulkan terlebih dahulu. Kalau awal-awal niat sudah terpesong, urusan mahu menyimpan pun sampai bila tidak akan tercapai. Jangan cakap susah untuk kita pasang niat untuk menyimpan, sebab perasan tidaklah, kita tidak pernah berniat pun mau berbelanja, tetapi duit habis juga kita belanjakan?



2. Kasi Tatap Itu Matlamat.

“Saya ada simpanan dalam RM800 sebulan. Ok kaitu banyak itu mciam Bro?”
“Sebelum saya jawab, boleh saya tahu apa matlamat kamu menyimpan?”.

krik krik krik……….

Di sinilah pentingnya untuk kita menetapkan matlamat yang ingin dicapai. Apakah tujuan sebenar anda nak menyimpan?

Saya mau kumpul cash sebanyak RM5,000 hujung tahun. (Jangka pendek)

Saya mau kumpul untuk bajet kahwin RM15,000. (Jangka Sederhana)

Saya mau kumpul deposit rumah pertama RM30,000. (Jangka sederhana)

Saya mau bersara dengan simpanan sebanyak RM1,000,000. (Jangka panjang)

Kalau boleh, pastikan matlamat tersebut dijadikan motivasi utama kita untuk berjaya. Tanpa matlamat kita akan sering berputus asa di tengah jalan. Ibarat berlari tanpa tahu di mana garis penamat, lama-lama berhenti sebab lelah.
Jangan lupa banyakkan berdoa dan mohon dipermudahkan semoga tercapai matlamat tersebut.


3.Kasi Tatap Itu Sasaran Setiap Bulan.


Kalau ada matlamat sudah, sekarang masa untuk tetapkan sasaran setiap bulan la. Contohnya, kamu telah menetapkan jumlah simpanan sebanyak RM30,000 dalam masa 3 tahun.

So, jadikan jumlah tersebut sebagai target yang wajib dicapai. Kalau mau ada simpanan sebanyak RM30,000 dalam masa 3 tahun, kena simpan RM840 setiap bulan la.


4. Kasi Tatap Capai Itu Target Setiap Bulan.


Contohnya, kau mau beli 1 buah kereta. Buatlah kiraaan berapa bayaran bulanan kereta itu, kemudian buatlah simpanan mengikut kepada jumlah kereta rumah itu.



Katakan kereta itu berharga RM 60,000 dan pembiayaan bulanan adalah 
~RM 800 sebulan, jadi berusahalah untuk simpan RM 800 sebulan.




5. Kasi Sedialah Tabung Untuk Melancong.
Mesti ada yang cakap-cakap, sia penat menyimpan tapi sia mau juga kasi reward untuk diri sia? Tiada masalah baitu kalau mau reward diri dan keluarga sekali sekala dengan pergi makan angin. No problem! asalkan tidak boros dan masih berterusan membuat simpanan.

Setiap tabung melancong ini lagi Cute kalau ada nama dia tersendiri. Jangan letak terlalu general, contohnya “Tabung Travel”. Letaklah “Tabung Travel Seoul,Korea”. Barulah semangat mau masukkan duit dalam tabung itu.
6. Kasi Sedia Tabung Untuk Ibubapa lagi Okay.
Kalau lupa tabung yang ni, semua urusan akan menjadi sukar. Malahan, mau menyimpan 50% daripada gaji pun akan jadi tidak mampu. Ibu bapa adalah keutamaan yang perlu diberi penekanan.
7. Kasi Sedia Tabung Cukai Jalan Dan Takaful Kenderaan.



Disebabkan kita terpaksa memperbaharui cukai jalan dan Takaful kenderaan setiap tahun, ramai yang pandang remeh perkara ini. Bila tarikh sudah semakin dekat, baru mau kelam-kabut kumpul duit.

Dan kalau tidak cukup duit, terpaksa pula berhutang. Sedangkan kita tahu yang perbelanjaan ini adalah acara tahunan.
8. Kasi Sedia Tabung Kesihatan dan Takaful.



Ramai yang tidak memandang serius juga tentang tabung ini,secara amnya tabung ini adalah persediaan untuk masa hadapan jika ditimpa sebarang musibbah terhadap kesihatan kita.

Pada usia mudalah paling sesuai melanggan plan kesihatan.

5% sahaja bha dari gaji kita contohnya anda bergaji RM 6,000 maka RM 300 untuk Plan Medical Card atau Takaful.

Semoga kawan-kawan sekalian dapat ilmu selamat menyimpan dan merancang!.




Isnin, 11 Februari 2019

Tips Express Kumpul Duit Kawin Dalam Masa 3 Tahun.



Siapalah Tidak Teringin Mendirikan Rumah Tangga kan?

Pasti ramai anak muda mengidamkan majlis yang kelihatan mewah dan awesome. Kalau boleh baju sehingga 6 pasang, khemah hingga 10 buah dan kek hingga 4 tingkat.

Tidak perlulah buat begitu bossku. Didalam perkahwinan kedua pasangan kena rancang kewangan dengan teliti.

Ini ada yang sanggup buat pinjaman peribadi sehingga RM 30,000. Hey!!..ini bukan pasangan bahagia bossku ini menambahkan beban lagi belum lagi mulakan kehidupan berkeluarga sudah ada komitmen.Rugi Bossku!!

Jika anda pasangan yang bijak dan cerdik kena berpandangan jauh keatas.

Apa yang kamu boleh buat :-

1. Mohon ASB financing RM 100K. Ansuran bulanan RM 525 bagi tempoh pembiayaan 30 Tahun. Kadar Keuntungan bank 4.8%.Tanpa Takaful.

2. Katakan dividen tahunan 6.75% .Dapat dividen simpan. Jangan guna langsung. Biarkan Dividen
    simpan di akaun asb korang. Dividen dibiarkan compounding.

3. Bayar ansuran bulanan RM 525 pakai duit gaji sendiri selama 3 tahun.
   
    Selepas 3 Tahun dapat dividen, pergi terminate polisi, akan dapat :

    ➣ Dividen Compounding : RM 21,247
    ➣ Pulangan Prinsipal (36 Bulan) : RM 4,818
    ➣ Jumlah Kasar : RM 26,465

Kalau kamu orang kerjasama dengan bakal jodoh bergabung boleh meletup tu!
Jadilah simpanan RM 52,928

Lelaki (RM 26,465) + Bakal Isteri (RM 26,465) = RM 52,928

Selain itu melalui Pembiayaan ASB ini anda akan dapat:

i. Rekod CCRIS Cantik.
ii. Budget Belanja Kawin RM30K supaya ada wang deposit beli rumah nanti.
iii. Kebolehpercayaan pihak bank

Sekadar Perkongsian

Konsep ini anda kena faham betul-betul, sebab ia sekadar perkongsian sebaiknya berbincanglah bersama bakal pasangan anda untuk tentukan budget perkhawinan.

Jangan buat pinjaman peribadi. Majlis alah kadar pown kira okay laitu..
Pentingkan simpanan untuk kegunaan masa depan

Perlu Bantuan?
sila hubungi

019-843 9074 atau tekan link ini https://bit.ly/2tW9f9R

En HolyField  Benn
Perunding/Perancang Kewangan
Oly The Consultant
Sabah

Penafian

1. Jangan jadi pembaris. Kalau kamu mampu simpan RM 300 pown boleh laitu. Buat pelan berdasarkan kemampuan masing-masing. Tapi boleh apply konsep yang sama.

2. Dividen 6.75%  dan Keuntungan Bank 4.8% untuk 3 tahun itu hanyalah andaian.Tiada jaminan pelaburan pada masa hadapan.

Sumber : Blogmazeer 










Ahad, 10 Februari 2019

Sebelum Melanggan Medical Card. Ada 5 Perkara Anda Kena Tahu.


Saban tahun kenaikan kos perubatan dijangka terus meningkat. Secara purata inflasi 10-15% Setahun. 

Kenapa setiap individu perlu ada 1 polisi Medical Card? Ia adalah salah 1 langkah persediaan untuk sebarang musibbah dimasa hadapan. Seterusnya, ia diperlukan untuk melindungi wang simpanan persaraan anda.

Contohnya, Encik David bekerja sebagai seorang Jurutera Elektrik. Beliau sudah berkerja selama 18 Tahun. Pada umur beliau 46 Tahun. Beliau disahkan menghidapi sakit jantung  kemudian perlu pembedahan dan rawatan sehingga sembuh. Anggaran kos pembedahan dan rawatan mungkin mencecah sehingga RM 200,000 ++. Nasib beliau ada melanggan Medical Card. Maka, Beliau tidak perlu keluarkan wang sendiri untuk membaiyai kos perubatan sepenuhnya.

Jika,anda seperti Encik David maka anda tidak perlu risau.

Jika anda Tidak ada apa-apa Polisi Medical Card? Maka, anda perlu guna wang simpanan anda sendiri wahal simpanan itu untuk kegunaan masa persaraan anda nanti.

Risikonya adalah anda terpaksa bekerja semula jika anda sudah kehabisan simpanan.
Persoalannya,jika anda bekerja semula adakah prestasi anda sama seperti sebelum anda sakit?

Maka harus dipertimbangkan.

Haa!!..Sebelum melanggan apa-apa Medical Card..Sila Baca 5 Perkara Kena tahu di Bawah.








1. Jenis Coverage – Tahunan Atau Seumur Hidup?

Ada 2 jenis coverage yang terdapat pada Medical Card yang perlu anda tahu, iaitu perlindungan seumur hidup (life time coverage) atau perlindungan tahunan (annual coverage).
Menurut ramai ejen yang berpengalaman, apabila ditimpa penyakit, situasi yang biasa berlaku adalah seseorang tidak dapat menampung jumlah kos perubatan kerana telah mencapai had perlindungan tahunan, contohnya RM 100,000/tahun.
Menurut akhbar tempatan bertarikh Mei 2017, rawatan kanser paling minima di hospital swasta adalah RM20,000 dan ia boleh mencecah hingga ratusan ribu ringgit. Jadi, apabila keadaan bertambah buruk, seseorang perlu menampung dengan wang sendiri walaupun mempunyai Medical Card.
Jangan keliru, ejen ini kadang-kadang suka sebut angka yang besar-besar.
“Bossku, jangan risau…Medical Card ni cover sampai RM500,000”
Biasanya, itu had seumur hidup. Kalau had tahunan cuma RM100,000 dan kalau kita jatuh sakit, bila habis saja had tu, kita terpaksa keluar dari hospital swasta walaupun had seumur hidup masih berbaki RM400,000.
Jika ada had Tahunan bolehlah pilih had tahunan..Contohnya,Pelan Medical Card boleh coverage sehingga RM 1 juta hingga RM 2.2 Juta setahun.
Boleh dipertimbangkan. sila hubungi 019-843 9074 untuk keterangan pelan coverage RM 1 Juta keatas.
2. Co-Takaful / Co-Payment atau Full Payment?
Co-Takaful ialah peratusan yang perlu ditanggung sendiri setiap kali claim. Contoh 10% dari bil setiap kali masuk wad dan setiap kali follow up. Biasanya ada limit antara RM300 ke RM1,000 setiap kali masuk wad atau follow up.


Co-Payment pula ialah peratusan yang perlu ditanggung dari bil-bil lain (selain caj bilik) yang dikenakan bila client naik taraf bilik wad melebihi had bilik.
Teliti terma dan syarat dalam Medical Card sama ada ianya menawarkan pelan yang ada co-payment. Walaupun harganya nampak murah, tapi ia mungkin akan menyusahkan anda apabila ditahan wad nanti.
Jadi, kalau masa kecemasan tiada wang cash, susahlah. Tapi, kalau anda rasa lebih jimat begitu, terpulang.
Tapi lebih baik ambil yang pelan Medical yang tiada deposit semasa kena admit.

3. Renewal – Yearly Atau Guaranteed?

Bagi Medical Card yang diperbaharui setiap tahun (Yearly Renewable), pembaharuan bergantung kepada claim review setiap tahun. Kalau pernah claim banyak, maksudnya ada kemungkinan akan kena caj tambahan, syarat pengecualian, dan sebagainya hingga ia boleh menghilangkan faedah Medical Card anda. Malah, ia mungkin menyukarkan anda untuk memohon Medical Card baru dari melalui syarikat lain.
Maka, pastikan perkara ini dijelaskan secara terperinci oleh ejen.
Medical Card yang jenis Guaranteed Renewal lebih terjamin kerana syarikat tidak boleh menamatkan Medical Card anda sesuka hati atau menambah sebarang caj melainkan bila anda tak bayar atau lifetime limit dah habis. Jadi, walaupun pernah claim banyak kali untuk penyakit yang sama atau penyakit berisiko tinggi, anda tak perlu risaukan sebarang caj ‘tersembunyi’.

4. Harga Hospital / Wad


Kalaulah terjadi sesuatu, hospital mana yang paling selesa untuk dirujuk? 


Berapa harga wad bilik di hospital tersebut? 



Adakah harga tersebut bersesuaian dengan kawasan tempat tinggal anda?



Ini adalah persoalan yang berbaloi untuk anda renungkan kerana faktor lokasi memainkan peranan penting juga. Kalau duduk di Kota Kinabalu, harga untuk bilik single RM250? sehari tu masih boleh dapat lagi ka?.
Selain itu, kena realistik untuk memikirkan sama ada jumlah coverage tersebut tahan inflasi. Jadi, adakah harga bilik wad yang ditawarkan masih relevan untuk tempoh 10 tahun dari sekarang?

5. Polisi Boleh Ubah Atau Tetap

Akhir sekali, jangan lupa semak sama ada polisi Medical Card anda adalah tetap atau boleh ubah. Jangan lupa teliti betul-betul pada bahagian Portfolio Withdrawal Condition kerana sesetengah orang mungkin tak faham bab ni.
Klausa Portfolio Withdrawal Condition ini membenarkan syarikat insurans untuk menarik balik produk dari pasaran dengan memberi notis 30 hari. Walaupun menjanjikan guaranteed renewal, ia membolehkan syarikat tersebut untuk berhenti menanggung claim yang terlalu banyak. Dalam erti kata lain, tidak salah untuk mereka ‘lepaskan diri’!

Maaf, tiada istilah Medical Card terbaik, tetapi yang ada adalah “paling sesuai”.
Jadi kalau sudah ada Medical Card, buka balik polisi tu. Baca dan faham apa yang dia cover.
Jangan asyik bertangguh, sebab Medical Card biasanya akan kecualikan coverage untuk sakit yang dah ada dalam rekod kita selama 5 tahun kebelakangan – tak kiralah rekod pada hospital kerajaan, hospital swasta, atau klinik.
Jadi sebaiknya Medical Card ini diambil semasa umur muda sebab bayaran premium bulanannya murah.
Harganya tak akan berubah walaupun harga semasanya dah naik banyak kali bila umur kita semakin meningkat. Maksudnya, lagi awal kita mula, lagi murah kita bayar. Barulah jimat!
Sumber : Majalah Labur
Jika Ada Pertanyaan Lebih Lanjut berkaitan Medical Card dan Jenis2 Insuran Perlu disetiap Individu..Bolehlah Hubungi!!
En Holyfield Benn -019-843 9074 (Penasihat Takaful&Insuran)
Please Like Facebook Page Oly The Consultant
Instagram/Facebook - Holyfield Bennidict


Ahad, 14 Oktober 2018

Rakyat Malaysia Perlu Kena Tahu 5 Perkara Tentang Insuran Nyawa


   
Mengapa masih lagi ramai warga Malaysia yang tidak merasakan insurans nyawa itu penting?

Dalam kehidupan yang sentiasa berubah dan tidak menentu, adalah penting bagi kita untuk melindungi diri sendiri dan keluarga dari perkara-perkara yang tidak diingini dan tidak dapat dielakkan.

Namun begitu masih lagi ramai orang di Malaysia yang tidak merperlihatkan kepentingan insurans nyawa dalam perancangan kewangan mereka.

Menurut laporan 2012/2013 Protection Gap Study yang dikaji oleh Life Insurance Association of Malaysia (LIAM), hanya sebanyak 56% orang di Malaysia yang dilindungi oleh insurans nyawa.

Seandainya anda belum lagi dilindungi ataupun ingin mengetahui lebih banyak informasi berkenaan insurans nyawa dan liputannya, di sini 5 perkara anda perlu tahu mengenainya.



1) Apakah liputan insurans nyawa di Malaysia?

Sebagai permulaan, polisi insurans nyawa adalah satu kontrak di antara syarikat insurans dan pemegang polisi, di mana pembayar akan membuat bayaran secara ansuran sama ada bayaran bulanan, setiap tiga bulan, dua kali setahun ataupun sekali setahun, dan pembayar akan mendapat pembayaran balik dalam sekaligus ataupun dalam bentuk manfaat selepas kematian kepada benefisiarinya selepas kematian pembayar.

Pada masa kini, kebanyakan insurans nyawa juga menyediakan pampasan Hilang Upaya Kekal (atau TPD) untuk melindungi pemegang polisi dan keluarganya sekiranya pembeli insurans hilang upaya untuk menjana pendapatan.

Salah satu kelebihan insurans nyawa ialah manfaat selepas kematian untuk kesemua jenis insurans nyawa adalah bebas cukai.



2) Kenapa anda memerlukan insurans nyawa?

Untuk mengenalpasti samada anda memerlukan insurans nyawa, anda seharusnya mempertimbangkan hakikat yang paling teruk sekiranya berlaku sebarang kecelakaan. Sekiranya anda meninggal dunia keesokan hari, adakah keluarga kesayangan anda akan dilindungi dari aspek kewangan?

Sekiranya keluarga anda akan menghadapi kesusahan dari segi kewangan selepas pemergian anda, maka jelaslah anda memerlukan insurans nyawa. Manfaat selepas kematian akan menggantikan pendapatan anda dan juga membantu keluarga anda menangani keperluan kewangan yang lain.

Adakah anda pasti keluarga anda berupaya untuk membayar perbelanjaan terakhir anda seperti perbelanjaan perubatan, perbelanjaan pengebumian, cukai, hutang dan bayaran penguaman?

Adakah mereka berupaya untuk membayar pembiayaan rutin seperti sewa, pinjaman perumahan, makanan, pakaian, pengangkutan dan pembiayaan kesihatan, sekurang-kurangnya di tahap awal?

Bagaimana pula dengan matlamat kewangan jangka panjang?

Dengan pemergian anda, adakah pasangan anda dapat mempunyai wang yang secukupnya untuk tujuan pendidikan tinggi anak anda ataupun untuk tujuan persaraan?

Adakah anda juga beringin untuk meninggalkan sesuatu untuk anak atau cucu anda?

Polisi insurans nyawa di Malaysia adalah paling sesuai untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga yang bergantung kepada mereka dari segi kewangan, maka ia tidak wajib bagi kanak-kanak ataupun persara yang tiada sumber pendapatan atau ahli keluarga yang bergantung kepada mereka dari segi kewangan.

Liputan insurans nyawa akan memastikan orang kesayangan anda terus dibiayai secara kewangan jikalau anda tiada lagi ataupun hilang keupayaan untuk mencari sumber pendapatan. Keluarga anda akan mendapat kepastian bahawa kualiti kehidupan mereka tidak akan terjejas dengan perlindungan insurans sepenuhnya.

Tambahan pula, anda berhak menuntut pelepasan cukai sehingga RM6,000 setahun untuk sumbangan anda terhadap insurans nyawa dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).



3) Jenis-jenis polisi insurans nyawa     
  Jenis-jenis polisi insurans nyawa


4) Apakah faktor-faktor yang harus dipertimbangkan?

Insurans nyawa khasnya adalah untuk melindungi anda seumur hidup, maka ia adalah mustahak untuk anda membuat penyelidikan dan mempertimbangkannya dari semua aspek sebelum membuat keputusan untuk membeli insurans tersebut. Berikut adalah beberapa faktor yang seharusnya dipertimbangkan sebelum anda membuat keputusan untuk membeli polisi insurans yang terbaik di Malaysia dan juga bersesuaian dengan keperluan anda:

(a) Matlamat kewangan

Anda harus mengenal pasti matlamat kewangan anda sebelum memilih polisi insurans yang bersesuaian dengan keperluan anda.

Insurans nyawa bukan sahaja untuk membantu keluarga anda dari aspek kewangan selepas anda meninggal dunia, ia juga boleh membantu anda mencapai matlamat-matlamat lain.

Anda mungkin mengharapkan pembayaran manfaat kematangan untuk pesaran anda, untuk pembiayaan pendidikan luar negara bagi anak anda, ataupun salah satu cara untuk anda meringankan bebanan cukai seiring dengan peningkatan tanggungjawab keluarga anda.

Apa jua matlamat anda, ia mempunyai pengaruh besar dalam menentukan polisi insurans nyawa yang paling sesuai untuk anda.

(b) Kos premium

Walaupun insurans nyawa dibeli untuk membantu anda merealisasikan matlamat kewangan dan melindungi keluarga anda, harga premium seharusnya berpatutan dengan kemampuan anda.  Membayar premium yang terlalu mahal boleh menyebabkan pembayaran polisi anda tertunda dan akhirnya mengakibatkan krisis kewangan.

Menurut perancang kewangan, premium insurans anda harus merangkumi 6% sahaja dari jumlah pendapatan anda. Contohnya, jika pendapatan anda adalah RM5,000, maka premium insurans bulanan sepatutnya tidak melebihi RM300.

Sepertimana apabila anda membeli apa jua, anda mesti membuat semakan terdahulu apabila membeli polisi insurans nyawa supaya dapat memilih polisi yang terbaik dan berpatutan.

(c) Nilai polisi

Sebenarnya, proses menentukan jumlah insurans nyawa yang anda perlukan tidak perlu rumit.

Anda boleh berbincang dengan wakil ejen insurans anda berdasarkan tiga langkah yang berikut untuk menentukan jumlah polisi insurans yang perlukan hari ini untuk melindungi keluarga anda.

Andaikan anda seorang profesional berumur 30 tahun yang telah berumahtangga dengan seorang anak, berikut adalah anggaran jumlah nilai insurans nyawa yang anda perlukan:

                                                 Keperluan insurans nyawa anda




5) Memilih polisi insurans yang sesuai

Memilih insurans nyawa yang sesuai bergantung kepada keperluan kewangan anda dan keluarga anda untuk masa kini dan masa depan.
                                                           Apa polisi paling sesuai untuk saya?


Insurans nyawa adalah perlindungan yang penting untuk kebanyakan orang.

Seperti mana dijelaskan, insurans nyawa adalah paling sesuai untuk individu yang mempunyai tanggungan dari segi kewangan, dan semakin banyak tanggungan anda, semakin tinggi nilai polisi atau jumlah insurans anda.

Ia bukan sahaja penting untuk mendapatkan insurans nyawa, ianya penting bukan mendapatkan insurans nyawa yang secukupnya supaya keluarga anda tidak terabai dari segi kewangan jika sesuatu berlaku dengan anda.

Kadar purata perbelanjaan untuk setiap tanggungan adalah antara RM100,000 hingga RM150,000.

Ini hanya jumlah perbelanjaan purata bagi seseorang individu untuk terus hidup untuk lima tahun sekiranya sesuatu berlaku kepada pencari nafkah utama di sesebuah keluarga.

Anda harus menentukan jumlah polisi dan jenis polisi insurans nyawa yang diperlukan supaya tidak terikat dengan perlindungan yang tidak mencukupi atau perlindungan mahal yang tidak diperlukan.

Sewaktu membuat pilihan polisi, anda harus mempertimbangkan polisi yang paling sesuai dengan peringkat hidup anda dan memahami liputan setiap satu polisi.

Salah satu kesilapan umum oleh ramai orang adalah mereka gagal membuat semakan ke atas polisi mereka dari masa ke semasa.  Keperluan kita sentiasa berubah dan perlindungan insurans nyawa anda perlu mencerminkannya.

Sebagai contoh, keluarga yang baru menerima cahaya mata akan mempertingkatkan keperluan bulanan terhadap pendapatan serta keperluan untuk jangka masa panjang seperti pelan pendidikan anak. Setiap individu dewasa semestinya menyemak polisi insurans nyawa mereka setiap beberapa tahun sekali untuk mengenalpasti ianya mendapat perlindungan yang secukupnya.

Tiada jumlah wang yang boleh mengantikan nyawa seseorang. Namun, polisi insurans nyawa boleh memberi perlindungan untuk berdepan dengan ketidaktentuan hidup.


 iMoney | Description: Diterbitkan pada Jun 06, 2016 14:04 MYT



Sabtu, 13 Oktober 2018

Melabur Di Unit Amanah vs Skim Cepat Kaya




“Marilah join saya, kau letak duit RM10,000, tiap-tiap bulan dapat RM1,000 untuk 2 tahun. Tidak perlu buat apa-apa, duduk di rumah ja dapat duit bulan-bulan.” 
 Kata Ronaldo kepada Messi .

“Ramai sudah join dan dapat pulangannya.” Tambah Ronaldo.

Siapa pernah dengar dialog atas ni?

Saya tukar soalan, siapa yang pernah terpedaya atau  kenal saudara-mara atau kawan-kawan yang pernah terjebak dengan skim seperti di atas ni?

Ya, saya pasti ramai yang sudah pernah terkena.



Tapi kenapa ya? Mau cakap tidak pandai, tapi ada yang cikgu, peguam, pensyarah, doktor yang berpendidikan tinggi & mempunyai kerjaya hebat tertipu dengan skim ponzi atau skim cepat kaya.

Bukalah mata dan minda anda, mana ada kerja mudah kasi duit dan biar seja duit tu beranak sendiri. Pulangan tetap pula lagi tu bulan-bulan. Langsung tiada risiko…amboi!

Inilah asas kepada skim cepat kaya. Menjanjikan pulangan yang lumayan, tiada risiko & tidak masuk akal. Orang kata sudah tahu benda ni “TOO GOOD TO BE TRUE”, cepat-cepat lah larikan diri kalau ada yang sudah masuk.


                                               Contoh -skim- cepat- kaya

Taktiknya sama sahaja dan sudah berpuluh-puluh tahun wujud di Malaysia ini, tapi masih ramai yang mengambil jalan pintas untuk hidup senang. Kalau semua benda di dunia ini senang, tidak payah lah kita penat-penat bekerja kan?

Sesungguhnya pelaburan saham pun senang buat duit, senang juga ‘hilang’ duit. Apa yang membezakan seseorang itu adalah ilmu yang dipelajari dan digunapakai.

Yang penting, kita jangan ikut sangat cakap orang tanpa soal-selidik. Kalau kita tidak tahu siapa yang ambil duit kita, ke mana ianya dilaburkan; tiba-tiba dapat duit macam itu ja.

Selain itu,kalau anda rasa tidak ada masa pelajari ilmu melabur di saham kita ada instrumen tempat pelaburan yang selamat seperti UNIT AMANAH. Pelaburan UNIT AMANAH ini diuruskan oleh syarikat pengurusan asset  seperti CIMB  PRINCIPAL  ASSET MANAGEMENT, RHB ASSET MANAGEMENT, AFFIN HWANG ASSET MANAGEMENT,AMANAH SAHAM BUMIPUTERA(ASB) dan lain2 yang diuruskan oleh pakar-pakar Pengurus Dana. Syarikat ini juga telah berdaftar di Bank Negara dan Dikawal selia Oleh Pemegang amanah.




                                                   Skim-cepat-kaya-malaysia

Lagi satu, dalam pelaburan tiada istilah pulangan tetap atau fixed return. Skim yang menjanjikan pulangan tetap adalah haram hukumnya.

“Aduh, apalah nasib saya ini. 3 bulan pertama, dapat juga merasa RM1,000 sebulan tu. Sudah masuk bulan ke-4 ni, ada sahaja alasan daripada syarikat itu. Sekejap kata  ada problem ni, kejap kata problem tu. Saya tengok semakin ramai yang join, tapi tidak boleh dapat bayar kepada kami ni yang masuk awal?”

Boleh dikatakan skim cepat kaya selalunya berakhir dengan situasi di atas. Bila Bank Negara kasi blacklist skim ni, maka akaun bank syarikat akan serta merta dibekukan.  Dalang di sebalik skim ini juga akan ditangkap.

Bila akaun bank sudah kena beku tu, berhentilah berharap mahu dapat balik itu duit. Anggaplah ini harga kepada kebodohan anda dan jangan ulangi kesilapan yang sama.



Berapa % Bha Yang Perlu Simpan Dari Gaji Bulanan Saya?

Holyfield Benn  21 Mac 2019,11.10am Kejayaan seorang pengasas facebook iaitu Mark Zuckerberg tidak mudah disangka oleh kita.Tapi,...